tugasan bbm


TUGASAN BBM

Antara satu masalah ketika sesi pembelajaran ialah kekurangan bahan untuk pelajar mengolah idea baru dan berfikiran kreatif . Oleh itu , saya mencadangkan pengunaan warna dan kertas kain yang bertekstur lembut dan murah yang mampu menarik minat pelajar untuk belajar , selain melihatkan inovasi olahan mereka dengan mengunakan bahan yang disediakan.


Bahan - bahan : 

  1. gunting
  2. kertas kain pelagai warna
  3. gam
  4. benang dan jarum (mengikut corak yang disediakan)





Ini merupakan hasil akhir yang saya gunakan hasil dari bahan bahan di atas , saya harapkan projek ini mampu menarik minat pelajar untuk belajar sekaligus boleh mencipta inovsi baru  . 














GGGE2123
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

PREPARED FOR : EN MD YUSOFF DAUD
PREPARED BY : FATIN FAZRINA BINTI ROSLAN
A154589
951028-075324


: SEM 1 2015/2016





Bronchiol Provacation Test
• Alatan ini adalah salah satu kaedah untuk membuat diagnosa penyakit asma secara objektif yang dipanggil " Bronchial Provocation Test" atau ujian provokasi bronkial. Tujuan peralatan ini digunakan adalah untuk melihat samaada saluran pernafasan seseorang itu hyper-responsif, iaitu saluran pernafasan menyempit sebagai respons terhadap ejen yang digunakan untuk membuat provakasi terhadapnya. Walaubagaimanapun, ujian BPT ini digunakan bagi setiap kes untuk membuat diagnosa asma. Ianya hanya digunakan sekiranya ujian spirometer gagal mengesan asma tetapi kemungkinan asma masih tinggi.




Analogic Sonic Window Handled Ultrasound


"Analogic ini adalah satu peralatan yang baru dari 'Sonic Window' yang menggunakan sistem ultrasound untuk membantu serta mencari atau mendapatkan intravena peripheral ( kedudukan peripheral salur darah) yang betul. Peralatan ini adalah menggunakan camera dan projector untuk membantu melihat bahagian salur darah yang tepat dan betul tanpa sebarang komlpikasi seperti pendarahan, bengkak, kesakitan dan sebagainya. Peralatan yang canggih ini digunakan bersama i-pod, bateri dan ultrasound tranducer. Selain itu alatan yang berteknologi tinggi ini membantu serta memudahkan doktor mendapatkan kawasan peripheral yang betul dan tepat




Wearable Technology Goggle Glasses


Wearable technology" adalah masih digunakan di peringkat awal, namun begitu penggunaanya sudah meluas dan berpengaruh kebanyakan industri. Dr Rafael Grossman adalah pakar yang pertama yang mengunakan 'Goggle Glass"/ Wearable technolgy" semasa melakukan prosedur surgery. Teknologi ini dapat digunakan dengan lebih meluas agar dapat memenuhi keperluan penggunanya dalam memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit. Peralatan ini dapat membantu dalam bidang perubatan dengan cara penjagaan kesihatan terhadap pesakit dan keluarga pesakit. Teknologi moden ini membenarkan doktor berhubung dengan pesakit dengan menggunakan "Goggle Glass" untuk mendapatkan sejarah kesihatan pesakit. Namun begitu, semasa prosedur surgery dilakukan, penggunaan "Goggle Glass" ini boleh dijadikan satu pembelajaran dan pendidikan untuk pelajar-pelajar perubatan dan sebagainya.






Hybrid Operation Room


" A Hybrid Operation room" adalah salah sati inovasi yang terbaru di mana ia adalah secara tradisional atau telah dilengkapi dengan teknologi perubatan yang canggih bagi memberi penjagaan yang terbaik pada pesakit di samping meningkatkan lemhairan dalam memberi rawatan kepada pesakit. Hospital yang pertama menggunakan teknologi yang canggih ini adalah di Lakeland Regional Media Center. Kebaikan penggunaan teknolgi Hybrid Operation Room ini adalah dapat mengurangkan trauma , ketakutan tentang prosedur, meransang pemulihan yang cepat serta membantu memendekan waktu "admitted" di wad. Teknologi ini telah menggunakan LRMC dimana ia dapat membantu serta meningkatkan pengalaman pesakit kepada teknologi pengimejan dan mengelak dari risisko serangan jantung semasa prosedur dilakukan.




Digestible Sensor


Teknolgi canggih ini dipanggil sebagai " Digestible Sensor", yang dicipta untuk penggunaan setiap pesakit semestinya. Peralatan ini membolehkan pesakit atau individu menelan/makan ubat yang dibekalkan oleh doktor  apabila menggunakanya. Penggunaan "Digestible Sensor" boleh memantau sistem badan serta pemindahan maklumat  tentang kesihatan kepada alatan teknologi yang lain seperti smartphone, komputer sebagai rujukan sendiri di rumah atau rujukan doktor di hospital. Alatan ini memnerlukan sumber bateri untuk digunakan. Inovasi seperti ini boleh mengenalpasti masalah kesihatan pengguna serta membnatu mengesan sebarang penyakit serta dapat mengesan dengan lebih awal tanpa sebarang komplikasi yang teruk. Di dalam peralatan ini , pengguna dapat mengakses dengan lebih lanjut tentang ubatan, corak aktiviti, corak tidur, mengukur tekanan darah, patch, dan sebagainya.




Mesin Peredaran Darah






•Pada masa kini, pengurutan kaki merupakan cara perubatan asli yang diketahui ramai, alat-alat fisiologi juga semakin popular. Selama ini, mesin Peredaran Darah menerokai pasaran dengan kesan pemulihannya yang memuaskan. Mesin ini juga mampu membantu pengguna-penggunanya memperolehi kesihatan semula. Mesin peredaran darah ini direka berdasarkan cara perubatan tradisi Cina termasuk urut kaki, ‘gua sa’, ‘akupuntual’ dan perubatan barat termasuk elektrik statik dan ‘ultra long wave’. Mesin ini boleh menyelaraskan system peredaran darah dan urat di dalam badan manusia.









Prostetik



Mampu menggantikan seluruh atau sebahagian anggota badan yang tiada. Selain itu, teknologi ini berupaya untuk mengubahsuai struktur dan fungsi ciri-ciri sistem skeletal dan neuromuskular. Teknologi ini direka untuk meningkatkan keupayaan hidup bagi individu yang tidak berupaya. Teknologi ini mampu menyediakan tekanan, sokongan, perlindungan, pencegahan, pembetulan, pengawasan, mobiliti, pengubahsuaian berat dan sebagainya.




Stente


Untuk merawat CAD, stent membebaskan ubat (perancah) yang dimasukkan ke dalam saluran darah. Implan ini direka khas bagi membantu melebarkan saluran darah untuk pengaliran darah yang lebih lancer ke jantung. Teknologi perubatan terkini menemui Absorb BVS, iaitu satu-satunya stent pembebasan ubat (DES) bukan-metalik. Uniknya, BVS menggunakan teknologi inovatif syarikat, dihasilkan daripada polylactide, sejenis bahan yang biasanya digunakan dalam bidang perubatan seperti benang jahitan pembedahan mudah larut. Memandangkan ia daripada bahan semulajadi. BVS selamat digunakan sebagai implant kerana ia akan habis setelah dua tahun dan diserap semula ke dalam tubuh.




Pengukur Tekanan Darah Digital

Mengukur tekanan darah begitu mudah dengan Monitor Tekanan Darah Digital. Menerima bacaan tekanan dengan tepat dan boleh dipercayai dalam hanya beberapa saat tanpa anda perlu melakukan perjalanan ke hospital atau klinik. Tidak perlu lagi temujanji doctor kerana boleh memantau tahap tekanan darah pada bila-bila masa demi kesihatan. Monitor tekanan darah digital mudah alih ini adalah cara termudah untuk memeriksa bacaan tekanan hanya dari keselesaan rumah. Ianya merupakan penyelesaian yang ideal kepada sesiapa yang tidak mempunyai masa ataupun tenaga untuk menghadiri temujanji di hospital. Begitu mudah, hanya pakaikan pada pergelangan tangan (muat pada kebanyakkan ukuran pergelangan) dan tekan butang ‘Start’ bagi bacaan yang tepat. Terbukti secara klinikal hanya dalam beberapa saat sahaja. Skrin bacaan yang luas, paparan digital yang mudah dibaca akan menunjukkan bacaan tekanan sistolik (tekanan darah tinggi). Tekanan diastolik (tekanan darah rendah), denyutan jantung dan nadi. Secara tidak langsung ianya yang bakal memberi peringatan jika perlu mengubah gaya hidup.




Pengurut Leher


•Pengurut leher ini diperbuat mengikut teori perubatan barat, iaitu elektromagnetisma dan terapi perubatan suhu tinggi. Ia merupakan satu alat perubatan dan penjagaan kesihatan yang berteknologi tinggi serta boleh digunakan di rumah. Ia direka berdasarkan ciri-ciri fisiologi dan patologi anatomi tulang belakang servikal. Ia dihasilkan akibat integrasi terapi gelombang haba dan terapi denyutan elektrik bagi memberikan rawatan yang lebih mudah dan berkesan. Alat rawatan ini dihasilkan berdasarkan prinsip keselamatan dan sains. Reka bentuk luarnya diperbuat mengikut prinsip ergonomik. Hal ini menjadikannya ideal digunakan sebagai terapi tulang belakang dan bahu manusia. Alat ini ringan dan comel, serta dioperasikan melalui suis sentuh dan cip bersepadu yang khusus. Persembahannya stabil dan boleh digunakan semasa tidur kerana ia selamat, selesa dan senang.







No comments:

Post a Comment