notes

Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan


Definisi Inovasi



1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; menginovasi membuat inovasi: negara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut; penginovasi orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi.
-Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka-
2. Idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang- Ronger E Miller, 1971
3. Idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.- Glosari Teknologi Pendidikan 
4. Pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi citarasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.- Sufean Hussin, 2001-

Dalam meniti arus pemodenan dalam bidang pendidikan, kaedah'chalk n talk' sudah tidak relevan lagi buat masa kini. ( Mahasan Mahmood, 2003 )




Dunia hari ini berubah pada setiap masa terutamanya dari segi Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK )
 

Trend pembelajaran hari ini : 
1. Berasaskan penemuan dan inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif.2. Menekankan kepada mencari, meneroka, menilai, dan menggunakan maklumat

Strategi Pengajaran Pembelajaran yang inovatif merangkumi 4 asas penting iaitu 1. Pembelajaran Berasaskan Projek2. Pembelajaran Berasaskan Masalah3. Pembelajaran Elektronik ( e-learning )4. Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang ( web)
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran berasaskan projek akan mengukuhkan pembelajaran murid sekiranya kandungan projek itu menepati sukatan pembelajaran. Tugasan berbentuk projek akan menghendaki pelajar untuk mengaplikasikan perkara yang dipelajari di dalam kelas di dalam tugasan projek yang dilakukan.
Kelebihan pembelajaran berasaskan projek :-

  • Menarik perhatian murid-murid terhadap satu yang khusus.
  • Memberi peluang kepada murid untuk menjana idea mengenai topik tersebut.
  • Mengajar murid erti mnerima dan menghormati pandangan orang lain.
  • Menggalakkan mereka untuk sedia menanggung risiko di atas setiap keputusan yang diambil.


Langkah-langkah pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek
 
1. Kemukakan tugasan
2. Menganalisis masalah
3. Meneroka Masalah 
4. Membuat perkaitan 
5. Membuat refleksi 

Pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan masa kini kerana :-

  • Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar yang pelbagai.
  • Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses P & P.
  • Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
  • Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
  • Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.
  • Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.



Penerimaan pendapat di antara ahli kumpulan adalah digalakkan. 


Pembelajaran Berasaskan MasalahPembelajaran Berasaskan Masalah bermula dengan memberi 'masalah dan memberikan pengamalnya pengalaman untuk menyelesaikan masalah'.
Ianya merupakan salah satu cara pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan lebih kepada berbentuk pengalaman. Ianya mampu mencabar pengetahuan sedia ada murid bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain daripada itu ianya bersifat kolaboratif dan saling bergantung di antara satu sama lain.
Langkah-langkah Pembelajaran Berasaskan Masalah :-1. Kemukakan Masalah2. Jelaskan hasil pembelajaran yang hendak dijangkakan.3. Sediakan persekitaran pembelajaran yang selamat.4. Sediakan bimbingan isi pelajaran dan strategi.5. Sediakan resos pembelajaran.6. Adakan maklum balas untuk sesi refleksi.
Pembelajaran Berasaskan Elektronik ( e-learning )
Merupakan pembelajaran yang menggunakan komputer dan jugainternet.




Pembelajaran elektronik juga dikenali dengan pelbagai nama.

  • Online Learning
  • Technology Based Training
  • Web Based Training
  • Web Based Learning
  • Computer Based Training
  • Computer Based Learning
  • Technology Enhanced Learning
  • Computer Supported Collaborative Learning
Bentuk Komunikasi
  1. Serentak ( Synchronous ) - chatting, telefon
  1. Tidak Serentak ( Asynchronous ) - e-mel, SMS, MMS
Ciri-ciri Pembelajaran Elektronik
  • Boleh dicapai di mana-mana tempat selagi ada talian internet, tanpa mengira sempadan geografi.
  • Boleh dicapai oleh lebih ramai jumlah pelajar.
  • Memerlukan kemahiran menggunakan komputer dan Internet.

Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran
MAKSUD PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT.MANFAAT ICT DALAM PEMBELAJARANPenggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:• berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran• memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan• meningkatkan motivasi murid• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi• membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalumahal untuk dikumpul• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar• membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa• meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima• meningkatkan kemahiran ICTSYARAT UNTUK MEMANFAAT ICT DALAM P&PUntuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian :• Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atausebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum• Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untukmenyokong sesuatu pendekatan P&P• Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuaiKefahaman konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan mod.Mod atau pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru – guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai :a) Tutorialb) Aplikasic) Penerokaan ( Eksploratori )d) Komunikasi




No comments:

Post a Comment